dari mata, suara seorang novelis muda

•October 13, 2009 • Leave a Comment

Kanehara-Front-Web

Snakes & Earrings
Hitomi Kanehara
Vintage Originals
2005
Hitomi Kanehara berhenti daripada mengikuti sistem pendidikan rasmi Jepun pada usia 11 tahun. Tak tahu persis apa yang membuatkannya mengambil keputusan sebegitu. Yang pastinya, itu adalah langkah paling berani yang pernah diambil oleh gadis muda ini… dan ia tidak berakhir di situ.
Dia kemudiannya lari dari rumah. Mungkin hidup bergelandangan di lorong-lorong tengah Tokyo – atau mungkin juga menumpang di mana-mana. Dan dari sini, lahir latar yang mengejutkan, seperti yang dipaparkan melalui novel tunggalnya ini, ‘Hebi ni piasu’ yang kemudian diterjemah oleh David James Karashima ke bahasa Inggeris dengan judul Snakes & Earrings.
Kanehara, dalam diam-diam ketika dalam pelarian dari rumahnya itu tidak lepas dari mencatatkan perkara-perkara yang diingini. Dia juga diam-diam mengirim melalui emel kerja-kerja tulisan itu kepada bapanya, seorang profesor dan penterjemah buku kanak-kanak. Daripada perhubungan ini, bapanya mengumpul dan mengedit tulisan-tulisan Kanehara yang dihantar. Hasilnya, pada 2004, lahirlah novel pertama ini di dalam bahasa Jepun.
Terbitnya novel ini bukan sebagai sebuah lagi novel Jepun yang akan sekadar menyemakkan rak di toko-toko buku. Ia hadir bersama renjatan, kejutan dan kontroversi yang menggoncang khalayak sastra Jepun, yang sebilangan besar masih lagi dari kelompok konservatif dalam maksud hasil kerja sastra dan penulisan. Ia secara sedar terus diangkat sebagai satu suara generasi baru, yang walau bagaimana sukar pun untuk dipersetujui semua, merupakan sebuah novel yang wajar disertakan ke dalam khazanah sastra Jepun dan Asia. Kemuncak kucar-kacir ini ialah, novel terbabit diangkat sebagai pemenang hadiah sastra tertinggi Jepun, Hadiah Akutagawa pada tahun yang sama.
Daripada pengalaman dan pemerhatiannya hidup diluar tatacara dan kawalan isi rumah diusia semuda itu, Kanehara menyelami satu sub-budaya yang terbit ditengah-tengah segala macam kepesatan budaya yang berlaku ditengah Tokyo waktu itu. Matanya memerhati tajam kelompok ini, tangannya menulis dengan tanpa ragu-ragu apa yang dirasakan perlu dan imajinasinya melayar liar melangkau norma dan pantang-larang yang diwujudkan oleh bayang-bayang yang dimomok sebagai menakutkan oleh masyarakat kebanyakan – ini misalnya, adalah antara ciri penulis yang ingin berkembang menjadi seorang penulis yang baik.
Lui, watak sentral di dalam novel ini, mendepani  kehidupan seharian sebagai remaja yang berada di dalam lingkung waktu dan kejadian yang radikal. Ayat pembuka novel ini berbunyi: “Tahu apa itu lidah bercabang?”. Dan, daripada ini Kanehara tidak membayangkan kiasan atau simbolik. Dia sebenarnya memang merujuk  kepada sejelir lidah orang yang dibelah; dengan tindik dan gelung yang semakin lama semakin besar dan akhirnya menceraikan hujung lidah dan menjadi dua. “Ya, seperti yang dimiliki ular atau cicak,” sambung dialog itu.
Kanehara selepas itu menyelami sub-budaya ini, sama seperti apa yang dapat disaksikan kini dari realiti dan cara hidup muda-mudi Tokyo yang mengemari sisi ekstrim gaya dan penampilan yang membawa kepada perubahan cara hidup dan budaya dikalangan mereka. Lui menjerumuskan diri dengan minat terhadap tatu, membayar dengan hubungan seks, bercinta, pil dan sebagainya.  Dengan novel ini, Kanehara memang ingin mempotretkan komuniti muda-mudi di sana tanpa segan silu.
Walaupun plot dan naratifnya tidak seberapa mengejutkan, apa yang menjadikan novel ini penting untuk diselidiki ialah keberaniannya membawakan kesedaran tentang hakikat semasa kelompok budaya ini di dalam gaya bahasa yang juga baru – dengan diimajinasikan semula oleh Kanehara – sehingga ia berakhir sebagai sebuah pencapaian literatur yang mempunyai gaya dan perhatian yang lain.
Dan sebagai seorang yang relatif muda; Kanehara berusia 21 tahun ketika menerbitkan novel ini, ia menjadi satu contoh yang perlu dilihat dalam membincangkan kerja-kerja penulis baru, termasuk dari kalangan penulis baru Malaysia. Novel ini adalah satu contoh catatan yang memaparkan perkara yang terkadung di dalam lingkung masa dan ruang penulisnya secara kreatif. Kanehara tidak sekadar mengulang-ulang semangat yang sama seperti yang sudah pernah dilakukan oleh penulis-penulis sebelumnya, yang mungkin berada dalam lingkung sosial yang berbeza daripadanya.
Ini adalah perkara yang dominan terselit di dalam novel berkenaan. Walaupun akan ada yang menyelar nilai-nilai hidup yang dibawakan oleh watak-watak dalam novel ini sebagai keterlaluan dan tidak bermoral, tetapi sebagai sebuah hasil kerja sastra moden oleh penulis baru era milinium, ia tidak boleh dipinggirkan. Suka atau tidak, inilah suara yang tanpa sedar sedang mendengung ditelinga.
Kanehara menunjukkan kepada kita bahawa untuk menjadi novelis era ini, lagu dengan rentak dan bahasa baru perlu dinyanyikan. Walaupun tiada apa-apa idea yang cuba disampaikan, novel ini tetap mahu menjerit nyaring meminta perhatian terhadap kelainan yang terkandung. Jika sekadar mahu mengulang-ngulang gaya bahasa dan sudut pandang yang sudah terpampang sekian lama, penulis baru dari rantau mana pun eloklah tidak payah bersusah payah menulis novel.
Dan, di dalam konteks Malaysia, novelis baru sebenarnya harus bekerja dua-tiga kali ganda lebih tekun daripada novelis ditempat lain untuk menghayati semangat ini, sebelum mengambil keputusan untuk menulis novel semula.

Snakes & Earrings
Hitomi Kanehara
Vintage Originals
2005

Hitomi Kanehara berhenti daripada mengikuti sistem pendidikan rasmi Jepun pada usia 11 tahun. Tak tahu persis apa yang membuatkannya mengambil keputusan sebegitu. Yang pastinya, itu adalah langkah paling berani yang pernah diambil oleh gadis muda ini… dan ia tidak berakhir di situ.

Dia kemudiannya lari dari rumah. Mungkin hidup bergelandangan di lorong-lorong tengah Tokyo – atau mungkin juga menumpang di mana-mana. Dan dari sini, lahir latar yang mengejutkan, seperti yang dipaparkan melalui novel sulungnya ini, ‘Hebi ni piasu’ yang kemudian diterjemah oleh David James Karashima ke bahasa Inggeris dengan judul Snakes & Earrings.

Kanehara, dalam diam-diam ketika dalam pelarian dari rumahnya itu tidak lepas dari mencatatkan perkara-perkara yang diingini. Dia juga diam-diam mengirim melalui emel kerja-kerja tulisan itu kepada bapanya, seorang profesor dan penterjemah buku kanak-kanak. Daripada perhubungan ini, bapanya mengumpul dan mengedit tulisan-tulisan Kanehara yang dihantar. Hasilnya, pada 2004, lahirlah novel pertama ini di dalam bahasa Jepun.

Terbitnya novel ini bukan sebagai sebuah lagi novel Jepun yang sekadar menyemakkan rak di toko-toko buku. Ia hadir bersama renjatan, kejutan dan kontroversi yang menggoncang khalayak sastra Jepun, yang sebilangan besar masih lagi dari kelompok konservatif dalam maksud hasil kerja sastra dan penulisan. Ia secara sedar terus diangkat sebagai satu suara generasi baru, yang walau bagaimana sukar pun untuk dipersetujui semua, merupakan sebuah novel yang wajar disertakan ke dalam khazanah sastra Jepun dan Asia. Kemuncak kucar-kacir ini ialah, novel terbabit diangkat sebagai pemenang hadiah sastra tertinggi Jepun, Hadiah Akutagawa pada tahun yang sama.

Daripada pengalaman dan pemerhatiannya hidup diluar tatacara dan kawalan isi rumah diusia semuda itu, Kanehara menyelami satu sub-budaya yang terbit ditengah-tengah segala macam kepesatan budaya yang berlaku ditengah Tokyo waktu itu. Matanya memerhati tajam kelompok ini, tangannya menulis dengan tanpa ragu-ragu apa yang dirasakan perlu dan imajinasinya melayar liar melangkau norma dan pantang-larang yang diwujudkan oleh bayang-bayang yang dimomok sebagai menakutkan oleh masyarakat kebanyakan – ini misalnya, adalah antara ciri penulis yang ingin berkembang menjadi seorang penulis yang baik.

Lui, watak sentral di dalam novel ini, mendepani  kehidupan seharian sebagai remaja yang berada di dalam lingkung waktu dan kejadian yang radikal. Ayat pembuka novel ini berbunyi: “Tahu apa itu lidah bercabang?”. Dan, daripada ini Kanehara tidak membayangkan kiasan atau simbolik. Dia sebenarnya memang merujuk  kepada sejelir lidah orang yang dibelah; dengan tindik dan gelung yang semakin lama semakin besar dan akhirnya menceraikan hujung lidah dan menjadi dua. “Ya, seperti yang dimiliki ular atau cicak,” sambung dialog itu.

Kanehara selepas itu menyelami sub-budaya ini, sama seperti apa yang dapat disaksikan kini dari realiti dan cara hidup muda-mudi Tokyo yang mengemari sisi ekstrim gaya dan penampilan yang membawa kepada perubahan cara hidup dan budaya dikalangan mereka. Lui menjerumuskan diri dengan minat terhadap tatu, membayar dengan hubungan seks, bercinta, pil dan sebagainya.  Dengan novel ini, Kanehara memang ingin mempotretkan komuniti muda-mudi di sana tanpa segan silu.

Walaupun plot dan naratifnya tidak seberapa mengejutkan, apa yang menjadikan novel ini penting untuk diselidiki ialah keberaniannya membawakan kesedaran tentang hakikat semasa kelompok budaya ini di dalam gaya bahasa yang juga baru – dengan diimajinasikan semula oleh Kanehara – sehingga ia berakhir sebagai sebuah pencapaian literatur yang mempunyai gaya dan perhatian yang lain.

Dan sebagai seorang yang relatif muda; Kanehara berusia 21 tahun ketika menerbitkan novel ini, ia menjadi satu contoh yang perlu dilihat dalam membincangkan kerja-kerja penulis baru, termasuk dari kalangan penulis baru Malaysia. Novel ini adalah satu contoh catatan yang memaparkan perkara yang terkandung di dalam lingkung masa dan ruang penulisnya secara kreatif. Kanehara tidak sekadar mengulang-ulang semangat yang sama seperti yang sudah pernah dilakukan oleh penulis-penulis sebelumnya, yang mungkin berada dalam lingkung sosial yang berbeza daripadanya.

Ini adalah perkara yang dominan terselit di dalam novel berkenaan. Walaupun akan ada yang menyelar nilai-nilai hidup yang dibawakan oleh watak-watak dalam novel ini sebagai keterlaluan dan tidak bermoral, tetapi sebagai sebuah hasil kerja sastra moden oleh penulis baru era milinium, ia tidak boleh dipinggirkan. Suka atau tidak, inilah suara yang tanpa sedar sedang mendengung ditelinga.

Kanehara menunjukkan kepada kita bahawa untuk menjadi novelis era ini, lagu dengan rentak dan bahasa baru perlu dinyanyikan. Walaupun tiada apa-apa idea yang cuba disampaikan, novel ini tetap mahu menjerit nyaring meminta perhatian terhadap kelainan yang terkandung. Jika sekadar mahu mengulang-ngulang gaya bahasa dan sudut pandang yang sudah terpampang sekian lama, penulis baru dari rantau mana pun eloklah tidak payah bersusah payah menulis novel.

Dan, di dalam konteks Malaysia, novelis baru sebenarnya harus bekerja dua-tiga kali ganda lebih tekun daripada novelis ditempat lain untuk menghayati semangat ini, sebelum mengambil keputusan untuk menulis novel semula.

noryn aziz

•October 12, 2009 • Leave a Comment

 Noryn-Table-Web

  Noryn Aziz | 7 oktober 2009 | Bijou, Mont Kiara

salun tangerin hilang…

•October 6, 2009 • 2 Comments

Dua buah buku, Tangerin & Nikotin dan Salun Eksotikata yang dilaporkan hilang boleh ditemui di sini.

reviu pearl jam

•October 5, 2009 • Leave a Comment

backspacer-cover1

Baca ulasan album baru Pearl Jam, Backspacer di sini.

promo: salun eksotikata

•September 29, 2009 • 2 Comments

Salun-Web

Salun Eksotikata, sebuah buku himpunan sajak terbitan Sindiket Sol-Jah, dan terdiri daripada beberapa penulis muda kini sudah mula dijaja. Aku menghumban beberapa buah sajak – pendek, panjang dan entah apa-apa – di dalam buku ini.

Dua jam pertama sewaktu menatap buku ini semalam, aku habiskan untuk ‘membaca’ maksud kata pengantar oleh Marsli N.O. Dipenghujung tempoh waktu itu, aku sedar yang aku tidak menikmati tulisan berkenaan yang judulnya panjang berjela. Entah macam mana, kata-kata ‘metafora’, ‘air mani’, ‘tuhan’, ‘buah dada’, ‘orgasme’ dan segala macam kata lain yang sepatutnya mengujakan, tidak membuatkan aku merasa apa-apa bila dibaca.

Sajak-sajak di dalamnya (termasuk sajak sendiri)  juga tidaklah boleh dipuji-puji sangat.  Banyak yang pakai langgar dan dikarang dengan jalan yang biasa-biasa, banyak juga sajak yang seperti menemui jalan pintas. Sekali dua, penulisnya nanti terbiasa dan ketagih dengan metod ini dan, tak perlu lagi bermenung dan menyelam dalam-dalam pada sebuah sajak yang sedang dilahirkan. Ini tidak enak.

Tapi, terpulang pada apa yang kamu cari dari sebuah sajak dan bagaimana kamu ingin menikmatinya. Suka hatilah.

Kalau kamu mahu memiliki buku ini daripada aku, emel terus ke jelirda@gmail.com. Harga yang dinyatakan dibelakang buku ialah RM15. Tapi, di blog ini, kamu tentukan sendiri berapa harga yang kamu sanggup bayar. Anggaplah kamu menderma di bulan baik; kita bincang di dalam emel, ya.

dah baca ini?

•September 28, 2009 • Leave a Comment

Edit-CIMG2946-Web

Ini artikel di dalam The New Yorker, tak berapa lama dulu (11 May 2009). Dah baca? Saya tertarik dengan satu perbualan si penulis artikel ini bersama dengan seorang pemerhati disebuah kuliah Palestin oleh Mahathir Mohamad di ibu negara sebelum itu. Saya petik seperti apa yang dicatat oleh Ian Buruma:

” I’m not pro-Palestine at all. I have Jewish friends, you now. Lend a hundred thousand dollars to a Jew and you’ll always get it back. Lend it to a Muslim and he’ll cheat you, for sure. They’re all liars and cheats, the Muslims. “(Lihat gambar bawah untuk perenggan lengkap)

Edit-CIMG2950-Web

Jika ada perkara yang kurang menyenangkan ialah penggunaan kata ‘ALL’ dibaris akhir perenggan itu tadi, kerana, bukan SEMUA Muslim begitu. Selebihnya, yang perlu dimenungkan ialah diri sendiri dan persekitaran komuniti. Bila ada pihak dari luar kelompok agama dan bangsa yang sama sampai membangun persepsi ‘ALL’ itu terhadap Muslim keseluruhannya, jangan marah-marah dan melalak menyebut nama agama dan tuhan.

Mungkin kita sudah lama tidak berdiri dan bertelanjang di depan cermin besar yang jelas untuk melihat segala kudis kurap yang lama tersorok dibawah kain sendiri – yang mungkin juga tidak pernah disedari langsung.

Selamat Syawal.

ditengah jantung kuala lumpur

•September 19, 2009 • 2 Comments
Kuala Lumpur hujan lebat malam ini. Suasana ditengah jantung ibu kota itu hiruk-pikuk. Jalan T.A.R tak sunyi, jauh daripada mati. Aku berjalan dicelah-celah orang ramai di sana tadi. Makin malam larut, orang makin menghurung. Entah apa yang dicari, tak pula dapat dipastikan. Macam-macam agaknya.
Sesekali meranduk air kotor yang tertakung dilopak-lopak jalan itu, bermandi hujan renyai dan berlanggar bahu dan dada dengan orang-orang yang tak dikenali ada nikmat yang tersendiri.
Waktu tak pernah berhenti untuk peniaga dan yang menjaja. Dan, terlalu banyak perkara dan benda yang disogok. Di celah lorong yang hanyir itu, cakapkan saja apa yang terlintas difikiran. Gerai kecil di situ ada untuk kamu.
Baju Melayu, kurung dan kebaya bersepah. Untuk kanak-kanak, baju-baju kartun tergantung sebagai umpan yang memeningkan ibu bapa. Untuk anak-anak muda yang tahu bergaya tapi tak banyak duit, Levi’s 501 tipu malam ini dijual pada harga RM40 sahaja. Sebelum ini, kata seorang penjual di situ, sehelai seluar tiruan itu harganya RM70 – tiga hari sebelumnya.
Ada gerai capal yang cukup menarik juga. Aku tak mahu yang lain, melainkan ada sebelah capal gergasi. Aku hanya membayangkan capal yang sebelah itu dibawa pulang untuk digantung di dinding sebagai perhiasan. Capal – dai saiz kaki toyol sampailah kepada saiz sang gedembai, ada tersedia.
Paling suka ditatap ialah kelibat perempuan-perempuan moden Kuala Lumpur, dengan baju sendat tersembul sedang mencuba kebaya dari luar. Dalam membuka diri untuk gaya, diam-diam mereka ini ingin juga dipandang santun, sekurang-kurangnya oleh mak di pagi raya.
Penat malam ini bukan penat berjalan. Penat yang ada ialah penat berlanggar, yang, kadang-kadang sedap. Kompleks Campbell bercahaya menanti orang masuk. Satu pusingan membuatkan aku lega dengan hanya menonton barang-barang yang cantik, tanpa perlu mengeluarkan wang.
Aku kemudiannya menapak ke arah Kompleks Wilayah, tempat kereta ditinggalkan. Rancangan untuk ke Chow Kit Road – untuk berselam di dalam barangan bundle – terpaksa dibatalkan kerana jalan sesak teruk dan aku malas nak menambah pening kepala.
Eloklah kalau semua sedang bergembira. Dan, jangan marah-marah. Selamat pulang ke kampung. Pandu cara berhemah.
Selamat menyambut Aidilfitri kepada kamu. Salah silap, terkasar bahasa minta dimaafkan.
Kuala Lumpur hujan lebat malam ini. Suasana ditengah jantung ibu kota itu hiruk-pikuk. Jalan T.A.R tak sunyi, jauh daripada mati. Aku berjalan dicelah-celah orang ramai di sana tadi. Makin malam larut, orang makin menghurung. Entah apa yang dicari, tak pula dapat dipastikan. Macam-macam agaknya.
Sesekali meranduk air kotor yang tertakung dilopak-lopak jalan itu, bermandi hujan renyai dan berlanggar bahu dan dada dengan orang-orang yang tak dikenali ada nikmat yang tersendiri.
Waktu tak pernah berhenti untuk peniaga dan yang menjaja. Dan, terlalu banyak perkara dan benda yang disogok. Di celah lorong yang hanyir itu, cakapkan saja apa yang terlintas difikiran. Gerai-gerai kecil di situ ada untuk kamu.
Baju Melayu, kurung dan kebaya bersepah. Untuk kanak-kanak, baju-baju kartun (Ben Ten pasti mengungguli senarai ini!) tergantung sebagai umpan yang memeningkan ibu bapa. Untuk anak-anak muda yang tahu bergaya tapi tak banyak duit, Levi’s 501 tipu malam ini dijual pada harga RM40 sahaja. Kata seorang penjual di situ, sehelai seluar tiruan itu harganya RM70 – tiga hari sebelumnya. Ada juga t-shirt cetak sendiri yang memparasit tema dan gaya indie. Antara yang tertonjol di situ tadi ialah t-shirt hitam dengan tulisan ‘Saya Suka Datuk Saya’. Eloklah.
Juga, entah di mana, ada sebuah kedai menjual barang ‘goth’ anak muda. Sampai ke lorong itu trend anak muda ini menyusup. Patutlah menteri selalu membebel. Kuasa orang muda!
Ada gerai capal yang cukup menarik juga. Aku tak mahu yang lain, melainkan ada sebelah capal gergasi. Aku hanya membayangkan capal yang sebelah itu dibawa pulang untuk digantung di dinding sebagai perhiasan. Capal – dai saiz kaki toyol sampailah kepada saiz sang gedembai, ada tersedia.
Lampu warna-warni. Plakad juga besar-besar dan menyilaukan warnanya. Semua ini diharapkan menjadi magnet untuk menarik duit, kerana, mereka tahu, waktu-waktu seperti ini orang akan menjadi silau dan ringan tangan untuk menabur duit.
Paling suka ditatap ialah kelibat perempuan-perempuan moden Kuala Lumpur, dengan baju sendat tersembul sedang mencuba kebaya dari luar. Dalam membuka diri untuk gaya, diam-diam mereka ini ingin juga dipandang santun, sekurang-kurangnya oleh mak bapak (teman lelaki) di pagi raya.
Penat malam ini bukan penat berjalan. Penat yang ada ialah penat berlanggar, yang, kadang-kadang sedap. Kompleks Campbell bercahaya menanti orang masuk. Satu pusingan membuatkan aku lega dengan hanya menonton barang-barang yang cantik, tanpa perlu mengeluarkan wang.
Aku kemudiannya menapak ke arah Kompleks Wilayah, tempat kereta ditinggalkan. Rancangan untuk ke Chow Kit Road – untuk berselam di dalam barangan bundle – terpaksa dibatalkan kerana jalan sesak teruk dan aku malas nak menambah pening kepala.
Eloklah kalau semua sedang bergembira. Dan, jangan marah-marah. Selamat pulang ke kampung. Pandu cara berhemah.
Selamat menyambut Aidilfitri kepada kamu. Salah silap, terkasar bahasa minta dimaafkan.

Kuala Lumpur hujan lebat malam ini. Suasana ditengah jantung ibu kota itu hiruk-pikuk. Jalan T.A.R tak sunyi, jauh daripada mati. Aku berjalan dicelah-celah orang ramai di sana tadi. Makin malam larut, orang makin menghurung. Entah apa yang dicari, tak pula dapat dipastikan. Macam-macam agaknya.

Sesekali meranduk air kotor yang tertakung dilopak-lopak jalan itu, bermandi hujan renyai dan berlanggar bahu dan dada dengan orang-orang yang tak dikenali ada nikmat yang tersendiri.

Waktu tak pernah berhenti untuk peniaga dan yang menjaja. Dan, terlalu banyak perkara dan benda yang disogok. Di celah lorong yang hanyir itu, cakapkan saja apa yang terlintas difikiran. Gerai-gerai kecil di situ ada untuk kamu.

Baju Melayu, kurung dan kebaya bersepah. Untuk kanak-kanak, baju-baju kartun (Ben Ten pasti berada pada kedudukan paling atas!) tergantung sebagai umpan yang memeningkan ibu bapa. Untuk anak-anak muda yang tahu bergaya tapi tak banyak duit, Levi’s 501 tipu malam ini dijual pada harga RM40 sahaja. Sebelum ini, kata seorang penjual di situ, sehelai seluar tiruan itu harganya RM70 – untuk tiga hari sebelumnya. Ada juga t-shirt cetak sendiri yang memparasit tema dan gaya indie. Antara yang tertonjol di situ tadi ialah t-shirt hitam dengan tulisan ‘Saya Suka Datuk Saya’. Eloklah.

Juga, entah di mana, ada sebuah kedai menjual barang ‘goth’ anak muda. Sampai ke lorong itu trend anak muda ini menyusup. Patutlah menteri selalu membebel tentang orang muda! Merempit pun ada ura-ura nak dihumban dalam penjara. Bodoh.

Ada gerai capal yang cukup menarik juga. Aku tak mahu yang lain, melainkan ada sebelah capal gergasi. Aku hanya membayangkan capal yang sebelah itu dibawa pulang untuk digantung di dinding sebagai perhiasan. Tapi, tuan punya kedai tak mahu menunaikan hasrat aku. Capal – dari saiz kaki toyol sampailah kepada saiz sang gedembai, ada tersedia.

Paling suka ditatap ialah kelibat perempuan-perempuan moden Kuala Lumpur, dengan baju sendat tersembul sedang mencuba kebaya dari luar. Dalam membuka diri untuk gaya, diam-diam mereka ini ingin juga dipandang santun, sekurang-kurangnya oleh mak teman lelaki di pagi raya.

Penat malam ini bukan penat berjalan. Penat yang ada ialah penat berlanggar, yang, kadang-kadang sedap. Kompleks Campbell bercahaya menanti orang masuk. Satu pusingan membuatkan aku lega dengan hanya menonton barang-barang yang cantik, tanpa perlu mengeluarkan wang.

Aku kemudiannya menapak ke arah Kompleks Wilayah, tempat kereta ditinggalkan. Rancangan untuk ke Chow Kit Road – untuk berselam di dalam barangan bundle – terpaksa dibatalkan kerana jalan sesak teruk dan aku malas nak menambah pening kepala.

Eloklah kalau semua sedang bergembira. Dan, jangan marah-marah. Selamat pulang ke kampung. Pandu cara berhemah.

Selamat menyambut Aidilfitri kepada kamu. Salah silap, terkasar bahasa minta dimaafkan.

monocle

•September 18, 2009 • Leave a Comment

Monocle-FB

Monocle | 18 September 2009 | Bangsar

sajak hiroshima

•September 16, 2009 • Leave a Comment

Hiroshima-PoemsWeb

Catatan dari sebuah kemusnahan
Oleh Hafiz Hamzah
Judul:
Against Nuclear Weapons:
A Collections of Poems by 181 Poets (1945-2007)
Penerbit:
Coal Sack Publishing
302 Muka surat
8.15 pagi, 6 Ogos 1945 adalah tarikh dan hari paling muram dalam sejarah kemanusiaan mungkin. Waktu itu, 600 meter dari paras muka bumi Hiroshima, sebuah bom meletus; menamatkan sekaligus memulakan. Yang ditamatkan ialah satu garis kemanusiaan di atas nama kekuasaan. Manakala, yang dimulakan ialah satu kehidupan yang mati bagi mangsa pasca-serangan yang cukup meruntun jiwa.
Hiroshima, sebuah bandar yang kini giat membangun dengan tema paling universal – keamanan – sebenarnya masih belum mampu untuk melupakan sejarah hitam itu. Mungkin, itu tidak akan berlaku berlaku sama sekali. Kesayuan masih lagi tersisa di jalan-jalan raya dan raut wajah penduduknya yang kini berjumlah 1.2 juta orang itu. Sewaktu bom atom dulu gugur, populasi bandar ini berada sekitar 300,000 orang. Dan, pagi itu juga, separuh daripada jumlah nyawa berkenaan lenyap serta-merta. Selebihnya hidup seperti bangkai yang keliru – sebelum ada bantuan tiba di Hiroshima.
Kini, ditengah-tengah bandar itu, kenangan yang sengaja ditinggalkan sejak kejadian itu ialah sebuah bangunan konkrit dengan kubah yang hanya tinggal rangka, yang asalnya berdiri sebagai Hiroshima Prefectural Industrial Promotion Hall. Ia ada di situ sebagai tanda peringatan terhadap kemusnahan, tersisa kerana disebabkan oleh binaan konkrit dan bukan kayu seperti kebanyakan bangunan dan rumah lain disekitarnya ketika itu.
Tak jauh dari tapak ini, didirikan taman peringatan – Hiroshima Memorial Park – sebagai sebuah pusat dokumentasi sejarah khusus untuk serangan bom berkenaan. Walaupun dibangunkan dengan kemas dan serba baru serta canggih, namun ia masih tidak mahu menyembunyikan realiti.
Di dalam satu daripada bangunan inilah buku ini diperoleh. Di satu sudut, buku ini menggamit perhatian kerana menjadi satu-satunya daripada barisan cendera hati yang ada seperti mempunyai gejolak rasa dan emosi.
Perkara yang tercatat di dalam buku ini – yang sudah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris – boleh dibaca sebagai catatan-catatan peribadi mereka yang terdedah kepada radiasi nuclear itu sendiri, termasuk juga tulisan-tulisan daripada warga Jepun dari serata pelusuk negara itu.
Sejarah Hiroshima mungkin boleh dibaca dari merata sumber dengan internet juga mempunyai keupayaan itu. Tetapi, cerita-cerita yang ada di dalam buku ini adalah suara-suara yang jujur menceritakan tentang pengalaman yang menyayat hati dan ngeri. Walaupun ditulis sebagai bait-bait sajak dan puisi, perkara ini sebenarnya perlahan-lahan ditenggelamkan oleh kejelasan dan realiti setiap satu insiden yang disampaikan secara terus dan mudah, tanpa kias.
Daripada tulisan-tulisan ini jugalah pembaca akan memasuki satu situasi yang cukup merimaskan dan menyedihkan tanpa disedari. Antara mereka, ada yang menceritakan tentang penglaman sebagai mangsa  itu sendiri berada di dalam keadaan keliru sebaik sahaja bom itu meletup. Masing-masing sarat dengan pertanyaan tanpa jawapan.
Ada juga yang menceritakan penglaman tinggal dibawah tanah, dengan segala kecederaan tidak terawat. Termasuk menyambut kelahiran seorang bayi seperti yang dicatatkan oleh Sadako Kurihara;
“Suatu malam di lantai bawah sebuah bangunan runtuh,
ruang tanpa walau satu pun lilin
dipenuhi oleh orang-orang cedera
akibat bom atom.
Bau darah, rasa ngeri kematian dan busuk peluh,
Sesak dan erangan sakit.
Dan dari tempat ini juga kedengaran suara menjerit;
‘Ada bayi yang hendak dilahirkan.’ ”
Kita tak dapat membayangkan bagaimana getir situasi seperti itu seharusnya berakhir. Namun, seperti yang terkandung di dalam buku ini, ia bukanlah cerita fiksyen yang dikarang dari sebuah meja lebar dan kerusi empuk. Kisah-kisah ini lahir dari jalan-jalan dan ruang-ruang diantara Hiroshima dan Jepun, yang dulunya pernah mencatat sejarah-sejarah luka ini.
Membaca catatan-catatan ini akan melahirkan satu perasaan kemanusiaan secara natural kepada yang membaca. Secara tak sedar juga kita seperti merasa terdesak untuk bersetuju dengan menjadikan keselamatan dan keamanan sebagai satu elemen yang amat penting. Ia juga berbicara tentang kebejatan senjata nuklear. Dalam diam-diam, kita juga akan meminta mereka yang masih dengan kehalobaan untuk terus bergelumang membangun senjata nuklear ini dikutuki.
Buku ini mungkin sukar didapati di sini. Bagaimanapun, kepada yang berminat, boleh mencuba berhubung terus dengan penerbitnya melalui alamat emel ini: suzuki@coal-sack.com.

Against Nuclear Weapons:
A Collections of Poems by 181 Poets (1945-2007)
Coal Sack Publishing
302 Muka surat

8.15 pagi, 6 Ogos 1945 adalah tarikh dan hari paling muram dalam sejarah kemanusiaan mungkin. Waktu itu, 600 meter dari paras muka bumi Hiroshima, sebuah bom meletus; menamatkan sekaligus memulakan. Yang ditamatkan ialah satu garis kemanusiaan di atas nama kekuasaan. Manakala, yang dimulakan ialah satu kehidupan yang mati bagi mangsa pasca-serangan yang cukup meruntun jiwa.

Hiroshima, sebuah bandar yang kini giat membangun dengan tema paling universal – keamanan – sebenarnya masih belum mampu untuk melupakan sejarah hitam itu. Mungkin, itu tidak akan berlaku sama sekali. Kesayuan masih lagi tersisa di jalan-jalan raya dan raut wajah penduduknya yang kini berjumlah 1.2 juta orang itu. Sewaktu bom atom dulu gugur, populasi bandar ini berada sekitar 300,000 orang. Dan, pagi itu juga, separuh daripada jumlah nyawa berkenaan lenyap serta-merta. Selebihnya hidup seperti bangkai yang keliru – sebelum ada bantuan tiba di Hiroshima.

Kini, ditengah-tengah bandar itu, kenangan yang sengaja ditinggalkan sejak kejadian itu ialah sebuah bangunan konkrit dengan kubah yang hanya tinggal rangka, yang asalnya berdiri sebagai Hiroshima Prefectural Industrial Promotion Hall. Ia ada di situ sebagai tanda peringatan terhadap kemusnahan, tersisa kerana disebabkan oleh binaan konkrit dan bukan kayu seperti kebanyakan bangunan dan rumah lain disekitarnya ketika itu.

Tak jauh dari tapak ini, didirikan taman peringatan – Hiroshima Memorial Park – sebagai sebuah pusat dokumentasi sejarah khusus untuk serangan bom berkenaan. Walaupun dibangunkan dengan kemas dan serba baru serta canggih, namun ia masih tidak mahu menyembunyikan realiti.

Di dalam satu daripada bangunan inilah buku ini diperoleh. Di satu sudut, buku ini menggamit perhatian kerana menjadi satu-satunya daripada barisan cendera hati yang ada seperti mempunyai gejolak rasa dan emosi.

Perkara yang tercatat di dalam buku ini – yang sudah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris – boleh dibaca sebagai catatan-catatan peribadi mereka yang terdedah kepada radiasi nuclear itu sendiri, termasuk juga tulisan-tulisan daripada warga Jepun dari serata pelusuk negara itu.

Sejarah Hiroshima mungkin boleh dibaca dari merata sumber dengan internet juga mempunyai keupayaan itu. Tetapi, cerita-cerita yang ada di dalam buku ini adalah suara-suara yang jujur menceritakan tentang pengalaman yang menyayat hati dan ngeri. Walaupun ditulis sebagai bait-bait sajak dan puisi, perkara ini sebenarnya perlahan-lahan ditenggelamkan oleh kejelasan dan realiti setiap satu insiden yang disampaikan secara terus dan mudah, tanpa kias.

Daripada tulisan-tulisan ini jugalah pembaca akan memasuki satu situasi yang cukup merimaskan dan menyedihkan tanpa disedari. Antara mereka, ada yang menceritakan tentang penglaman sebagai mangsa  itu sendiri berada di dalam keadaan keliru sebaik sahaja bom itu meletup. Masing-masing sarat dengan pertanyaan tanpa jawapan.

Ada juga yang menceritakan penglaman tinggal dibawah tanah, dengan segala kecederaan tidak terawat. Termasuk menyambut kelahiran seorang bayi seperti yang dicatatkan oleh Sadako Kurihara;

“Suatu malam di lantai bawah sebuah bangunan runtuh,
ruang tanpa walau satu pun lilin
dipenuhi oleh orang-orang cedera
akibat bom atom.
Bau darah, rasa ngeri kematian dan busuk peluh,
Sesak dan erangan sakit.
Dan dari tempat ini juga kedengaran suara menjerit;
‘Ada bayi yang hendak dilahirkan.’ ”

Kita tak dapat membayangkan bagaimana getir situasi seperti itu seharusnya berakhir. Namun, seperti yang terkandung di dalam buku ini, ia bukanlah cerita fiksyen yang dikarang dari sebuah meja lebar dan kerusi empuk. Kisah-kisah ini lahir dari jalan-jalan dan ruang-ruang diantara Hiroshima dan Jepun, yang dulunya pernah mencatat sejarah-sejarah luka ini.

Membaca catatan-catatan ini akan melahirkan satu perasaan kemanusiaan secara natural kepada yang membaca. Secara tak sedar juga kita seperti merasa terdesak untuk bersetuju dengan menjadikan keselamatan dan keamanan sebagai satu elemen yang amat penting. Ia juga berbicara tentang kebejatan senjata nuklear. Dalam diam-diam, kita juga akan meminta mereka yang masih dengan kehalobaan untuk terus bergelumang membangun senjata nuklear ini dikutuki.

Buku ini mungkin sukar didapati di sini. Bagaimanapun, kepada yang berminat, boleh mencuba berhubung terus dengan penerbitnya melalui alamat emel ini: suzuki@coal-sack.com.

-Kosmo! 15 September 2009

oda

•September 14, 2009 • Leave a Comment

DSC_7936-Web

Miyuki Oda | 3 September 2009 | Hiroshima