Dia Bukan Pelacur

warna-warna jalang cinta
Sebuah Pertanyaan Untuk Cinta

Seno Gumira Ajidarma

PT Gramedia

1996

Menurut Seno Gumira Ajidarma – melalui himpunan cerpen di dalam buku nipis ini – cinta harus dihunjam dengan pelbagai pertanyaan, mungkin. Dan cinta, agaknya, hadir sebagai sesuatu yang agung, sehingga melangkau keterbiasaan. Ini idea-idea yang dilontar oleh Seno sejak tahun-tahun 1980an lagi; bukan sesuatu yang baru di dalam lenggok penghasilan kerja-kerja tulisannya.

Ada beberapa ketika dan waktunya, di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, beberapa kerat anak muda duduk dengan penuh rasa ghairah yang tersendiri, berbual kosong tentang kerja-kerja Seno yang kini sudah menimbun diterbitkan sebagai buku.

Sekali dilihat, cerpen-cerpennya seperti muncul dengan dengan segala keremehan. Keremehan gaya, keremehan ayat dan keremehan perihal. Tetapi kita perlu menunggu dulu. Jangan tergopoh menyimpulkan perasaan kerana, ada perkara yang terselit ditengah-tengahnya yang akan membuatkan kita merasa nikmat yang manis dan tersenyum sendiri.

Di sebalik simplifikasi kesah yang dipamerkan, cerpen-cerpen Seno sering meninggalkan rasa puas. Ada keindahan tersendiri yang perlu dicari sebelum kita memahami apa yang mahu diceritakan. Kata orang, walaupun pada kebanyakan ceritanya nampak mudah dan disampaikan dalam nada witty, ia masih mengandung personifikasi sindiran dan cerminan kepada persekitaran tanpa mahu berahsia dan menipu.

Di dalam Sebuah Pertanyaan Untuk Cinta, sebuah buku yang menghimpunkan cerpen-cerpen Seno dari tahun 80an lagi, Seno mempaparkan kisah cinta yang bagi sesetengah orang mungkin tidak boleh dituliskan – kerana malu, atau tidak ada moral, atau mungkin mengandungi unsur jijik yang memualkan. Tetapi itu tidak menjadi hal. Menulis, tiada ada pantang larang. Tidak ada garis pandu tentang bagaimana seharusnya sebuah cerpen itu ditulis. Di dalam dunia imajinasi, semuanya boleh jadi – dan itulah yang ditunjukkan oleh Seno.

Cinta sememangnya datang dalam bentuk-bentuk yang tak diduga. Ada juga kalanya cinta itu menyesakkan, mengerikan dan menakutkan. 14 cerpen cinta yang ada di dalamnya melihat cinta dari corong-corong berbeza. Ini bukan kesah biasa, yang direka untuk melunakkan perasaan orang dengan bayangan cinta yang meluluhkan hati sampai berderai air mata. Cinta lebih besar dari pada sekadar itu.

Seno menulis tentang cinta-cinta haram, pertembungan hati dan perasaan yang kacau bilau serta mungkin akan mengerutkan dahi mereka yang tidak pernah membaca tulisan sebegini sebagai sebuah kerja sastra.

Seno menulis tentang cinta seorang suami terhadap perempuan lain. Juga, kisah bagaimana seorang lelaki yang merasakan memperoleh cinta – daripada sebuah tenungan – daripada seorang lelaki lain, yang sebelumnya tidak pernah diperoleh daripada mana-mana perempuan.

Ada juga kisah seorang wanita – seorang istri dan ibu – yang bakal menyambut ulang tahun usia ke-40, terbayang-bayangkan bibirnya yang entah berapa banyak kali pernah dikucupi lelaki lain, daripada sebelum bernikah sehinggalah ke usia itu, ketika mengoleskan lipstik sebelum menghadiri majlis hari jadinya itu.

Di satu kisah lain, seorang anak kecil terperangkap dengan angan-angan menari ballet; mahu mengikut jejak majikan ibunya yang bekerja sebagai pembantu. Hasratnya ditentang halus oleh sang ibu, kerana, tanpa diketahui oleh anak itu, dia sebenarnya anak haram suami si majikan yang sudah melarikan diri.

Seno juga kerap membuka cerita-ceritanya dengan ayat-ayat yang memikat. Seperti kisah ‘Dua Lelaki’ ini, yang berkisah tentang pergolakkan rumah tangga Rusli yang didialogkan kepada watak ‘aku’:

‘Perceraian ternyata sama indahnya dengan pernikahan itu sendiri,’ kata Rusli tiba-tiba. Aku tidak membantah maupun membenarkan. Kulihat wajahnya yang selalu riang itu, ada sesuatu yang nampak menggores.  ‘Pekerjaan yang berat dan banyak ternyata juga sama merangsangnya dengan seorang istri yang menggairahkan,’ sambungnya lagi. Aku tetap diam.

Dan, rupa-rupanya dihujung nanti, ‘aku’ itu sendiri yang diam-diam mengatur temu janji bersama Maya, istri Rusli.

Pembuka itu saja sudah mengundang macam-macam rasa. Mungkin ada orang yang akan merakannya enak, mungkin juga ada yang akan marah-marah kerana menurut mereka mungkin, ayat itu begitu kntra sekali dengan apa yang sepatutnya terjadi dengan norma biasa tujuan pernikahan seperti yang perturunkan.

Jangan marah-marah dengan pernyataan sebegini. Kalau tetap mahu memaki-maki, tak ada lain yang patut disembur dengan kata-kata itu melainkan diri kita sendiri dan keadaan yang mendesak di dalam persekitaran.

Seno merakam cabaran dan tuntutan cinta di era moden, di mana orang-orang yang mendiaminya sudah jadi kacau bilau akibat dunia sekeliling mereka. Semua ini, ditambah dengan cara Seno menggarap cerpen dengan cara yang mudah, melahirkan nikmat yang tersendiri kepada yang membaca.

Dan tentunya, ini merupakan satu lagi potret seni yang memaparkan cinta sebagai satu elemen kehidupan yang mungkin tidak akan dapat dikuasai sampai bila-bila. Untuk memahaminya saja satu masalah, inikan pula untuk memiliki cinta itu sendiri. Selamat mencuba.

- Seno Gumira Ajidarma akan berada di Kuala Lumpur untuk Festival Hak Asasi Manusia (FaHAM) yang akan berlangsung pada 13-15 November ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman www.frinjan.net dan boleh juga sertai grup Frinjan di Facebook.

- Hafiz Hamzah, 31 Oktober 2009.

filem: law abiding citizen
Law Abiding Citizen

F. Gary Gray (2009)

Ini kisah seorang warga Philadephia yang mengucar-kacirkan sistem perundangan Amerika; selepas tidak mendapat pengadilan di atas kes pembunuhan anak perempuan dan isterinya.

Dari pandangan mata Clyde Shelton (watak utama), sistem perundangan sedia ada – beserta pelaku-pelakunya – adalah satu sistem yang korup dan tidak mampu untuk menegakkan keadilan. Pembunuh anaknya hanya dikenakan hukuman penjara dan selepas 10 tahun, bebas kembali.

Selepas daripada itu, Clyde ialah orangnya yang berperang seorang diri menyanggah sistem berkenaan. Dan, sehingga ke beberapa peringkat, berjaya. Dia melawan dengan membaca kembali peruntukan undang-undang, menjadi teramat kejam dan merancang dengan penuh bijaksana.

Satu persatu lubang yang ada di dalam sistem perundangan ditebuk dan diperlekehkannya. Dan, paling penting, itu dilakukan ketika dia di dalam penjara. Penuh sistematik, seluruh individi di Jabatan Kehakiman Philadelphia yang terlibat di dalam kes perbicaraan keluarganya dulu menjadi sasaran. Dia melakukan semua dengan tenang, sistematik dan menakutkan.

Gerrard Butler (Clyde) dan Jamie Foxx (Nick Rice) menjadi sentral watak di dalamnya. Jika pernah mengkagumi filem Seven, ini adalah sebuah lagi filem dengan nada yang sama – mungkin lebih kuat.

Dan, jika watak Clyde itu ada di Malaysia, mungkin sistem perundangan kita juga akan mendapat kejutan yang akan membogelkan banyak perkara. Berdoalah agar watak itu nanti akan muncul di sini, keluar dari fiksyen dan mimpi, membawa keresahan baru kepada mereka yang berkenaan.

- Hafiz Hamzah, 2 November 2009.

filem: inglourious basterds
Inglourious Basterds

Quentin Tarantino (2009)

Ini filem yang paling banyak memberi gangguan keinginan, sekiranya kamu pernah berhasrat untuk menonton tetapi masih lagi belum berkesempatan.

Ia bukan sebuah filem sejarah, walaupun mengambil subjek itu sebagai titik tolak ekspresi kreatif ini. Ia sebuah filem satira politik, atau mungkin filem ‘dark comedy’ atau panggil apa saja yang akan menyedapkan diri sendiri.

Ketika filem berkenaan dibuka dengan Bab 1, dengan momen intens yang longgar, ketika seorang pegawai SS Nazi singgah di sebuah rumah kampung di Perancis – dengan soal jawab dialog yang bijak – mahu mencari saki-baki keluarga Yahudi, kita tidak tahu apa yang ada selepas itu untuk diagak. Yang ada cuma suspens.

Tarantino ‘menulis’ semula sejarah pendudukan Nazi di Perancis untuk dibikin jalan cerita filem ini. Sekali lagi, ia bukan fakta sejarah, tetapi lencongan untuk memeriahkan dunia fiksyen filem ini.

Di dalammnya, kita akan melihat bagaimana sekumpulan Yahudi-Amerika ditugaskan ke Perancis untuk ‘membunuh seberapa ramai Nazi’ dan misi menamatkan perang dunia.

Jika ingin melihat Hitler mati ditembak, tonton filem ini. Selebihnya, ia menyelit adengan lawak-lawak yang sial yang akan membuatkan kamu terbahak – walau pada kebanyakan waktunya ia akan membuat kejutan-kejutan yang melemaskan.

Tentunya, filem ini memenangkan kumpulan Yahudi-Amerika itu, dan memperlekeh kelompok Nazi  – tetapi dengan nada yang cukup cerdik dan bersahaja. Dan, ia sebuah filem yang menarik – plot dan dialog semestinya. Jangan malu-malu atau alergik Yahudi, tonton segera.

- Hafiz Hamzah, 2 November 2009.

menyelingkuh hiroshima – tiga
3 September 2009

Hari untuk bersantai. Pagi ke Pulau Miyajima. 20 minit dengan bas ke bahagian utara Hiroshima, melangkaui beberapa sungai yang terbentang di tengah bandar ini – Hiroshima dibangunkan dikawasan delta datar yang menghadap laut – untuk sampai ke jeti feri yang akan membawa orang-orang ke pulau berkenaan.

Miyajima – pulau Tuhan – dulunya tidak didiami kerana pantang larang. Orang di sana percaya suatu masa dulu pulau itu sebagai Tuhan. Hanya 10 minit dengan feri. Rusa-rusa bertebaran di merata pulau; mereka wakil Tuhan yang masih menjaga pulau tradisional ini. Hati-hati kalau membawa bekal makanan atau plastik kerana rusa-rusa ini akan menyentap.

Tokong Shinto lama ada di sini. Gerbangnya ditengah laut. Semua sunyi dan tenang saja. Di pintu depan, pengunjung diminta untuk membasuh tangan dan mulut sebelum masuk ke kawasan tokong, simbolik kepada menyucikan diri sebelum memasuki tempat suci.  Aku yang tak faham permintaan, sampai berkumur di situ. Dan, ramai mat-mat dan minah Jepun bergelak ketawa. “Tak perlu begitu, cukup dengan mengelap mulut saja,” tegur Miyuki Oda, gadis manis awal 30an yang mengiringi dari awal.

Jalan, bila penat berhenti mencari makan dan minum. Aku sempat mencuba makan oyster bakar, dengan penuh rasa geli-geleman. Terpaksa menelan habis kerana harganya mahal.

Tengah hari, dengan bot kecil selama setengah jam dari Miyajima, aku sampai ke lokasi yang selama ini dipendam rasa sayu; The Dome, tapak sisa bom atom yang lukanya maseh berbekas di dalam lipatan sejarah moden bandar ini.

8.15 pagi 6 Ogos 1945, Hiroshima bertukar wajah kepada kemurungan. Bom atom nuklear pertama dunia dijatuhkan di sini. 9 Ogos tahun yang sama, sebutir lagi bom ini jatuh di atas Nagasaki. 15 Ogos, Jepun mengangkat bendera putih dan sejarah tidak lagi menyebelahi negara itu dengan untung nasib.

Bom itu tidak jatuh di atas tanah Hiroshima. Ia meletus 600 meter di kaki langit, manghantar haba panas dan radiasi yang serta-merta melenyapkan dua pertiga populasi di bandar ini yang berjumlah 300,000 orang waktu itu. Selebihnya, walau masih hidup, mereka terdedah kepada radiasi nuklear yang tidak membolehkan mereka hidup seperti biasa untuk beberapa generasi mendatang. Itu, agaknya, adalah kecelakaan kemanusiaan paling agung dan luluh dalam sejarah moden dunia.

Aku menghabiskan banyak masa di situ. Berjalan seorang di taman peringatan bom atom dan menampung rasa hiba yang tak terungkap ketika menjenguk muzium peringatannya.

Untuk menyaksikan sendiri artifak, barang asal tinggalan insiden itu dan fotografi yang menyayat hati, bukan satu perkara yang mudah.  Ada seluar yang dipakai murid perempuan pagi pengeboman itu dipamerkan, begitu juga dengan perkakasan lain. Apa saja yang terkesan daripada serangan itu, dalam keadaan asalnya ada dipamerkan untuk umum.

Di satu sudut, sebuah foto pertama oleh seorang jurufoto waktu itu – Yoshito Matsushige, yang turut terkena serangan merakam momen paling getir dan paling awal sekali hari itu. Dia cuba untuk berdiri dan mengetik imej pertama itu hanya selepas 30 minit mencuba. Selepas itu, dia tidak sanggup lagi untuk meneruskan usaha itu, kerana menyifatkan keadaan ketika itu sebagai ‘teralalu mengerikan’.

Di sisi fotografinya yang diberi judul Viewfinder Clouded With Tears, beliau menulis baris-baris ini;

“Immediately after the bombing. I fought for myself for 30 minutes before I could take the first picture. After taking the first, I grew strangely calm and want to get closer. I took about ten steps forward and tried to snap another, but the scene I saw was so gruesome that my viewfinder clouded with tears.” – Yoshito Matsushige

Aku berajalan ke setiap ruang pameran tanpa gagal – seorang diri. Orang-orang lain juga tidak lagi mengukir senyum di bibir. Suasan hening. Aku membeli sebuah buku sajak yang merakam insiden berkenaan,oleh penulis-penulis Jepun.

Aku keluar dari ruang hiba itu selepas sejam di dalam. Aku hanya mampu melabuhkan pandang ke langit dengan mata yang berair dan perasaan sebak. Anak-anak sekolah yang berpipi merah gebu tadinya juga sudah tidak seceria ketika awal memasuki muzium berkenaan. Aku berlegar di taman itu untuk beberapa ketika lagi. Seorang wanita berusia di situ ada memberi tahu yang Mahathir Mohamad juga baru melawat tempat itu, ketika sambutan memperingati tragedi itu awal Ogos lalu. Ketika berjalan pulang, aku mendekati sekali lagi sisa bangunan Municipal Prefectural Hall (The Dome) itu, melihat dengan lebih dekat tembok-tembok yang tinggal sambil membayangkan insiden pagi bersejarah itu, sampai letih untuk bersedih lagi. Bangunan itu maseh tersisa kerana ia dibina daripada konkrit. Bangunan lain yang ada waktu itu, yang dibina daripada kayu, lenyap sama sekali.

Malam, dengan bekal secangkir kopi susu panas, bertemankan angin sejuk Hiroshima, aku hanya duduk diam menconteng kata-kata tak berguna pada buku catatan. Sekadar menghabiskan masa berkhalwat bersama bandar yang paling banyak meninggalkan kesedaran, mengajarkan cinta dan meramahi aku dengan akrab dan santun yang indah.

4 September 2009

Aku hanya menatap Hiroshima sedapat mungkin ketika bergerak ke stesen keretapinya awal pagi itu. Kembali semula ke Kansai untuk mendapatkan penerbangan yang dijadualkan tengah hari nanti.

Hiroshima seperti tidak merelakan aku pergi, kerana masih belum puas bergelut dengan rentaknya. Tulahnya, pagi itu di Shin-Osaka, aku tersalah mengambil tren. Sepatutnya menghala balik ke Osaka, tetapi tren yang aku naiki itu mengarah ke Kyoto.

Aku terpaksa balik dalam keadan gelabah takut terlepas kapal terbang. Mujur tak ada caj tambahan yang dikenakan oleh konduktor tren untuk perjalanan patah balik itu. Mungkin kerana kesian melihat keadaan aku yang kelam kabut dan kepenatan.

Sejam sebelum kapal terbang berlepas, aku tiba di Kansai. Nasib menyebelahi aku kerana di situ tidak ramai orang untuk mempercepatkan urusan daftar masuk.

Ketika tayar kapal terbang meninggalkan landasan di Kansai, aku memaku pandangan pada jambatan, laut dan bandar Osaka dengan perasaan yang kebas. Tidak senyum, tidak juga muram. Aku tahu aku akan kembali lagi ke ceruk rantau ini nanti.

- Hafiz Hamzah, September – Oktober 2009.

The Dome, Municipal Prefectural Hall, Hiroshima.

Jika mahu melihat lebih foto perjalanan ini, sila lawati album foto Facebook: Hafiz Jelir.

menyelingkuh hiroshima – dua
2 September 2009

Awal pagi ke ibu pejabat Mazda Motor Co. Ltd. Hiroshima merupakan pusat operasi Mazda. Di dalam bas, langsung tidak menyedari bila waktunya aku sudah berada di dalam kawasan mereka – sehingga dimarahi kerana masih sibuk mengklik kamera.

Ia ruang terbuka dan terpecah-pecah. Semua bangunan untuk operasi Mazda tidak berada di dalam satu kawasan dan berlonggok. Ia seperti bandar dengan kiblat tersendiri, dengan ramai pekerja yang lalu lalang dengan seragam putih serta tag nama. Sepertiga daripada populasi Hiroshima yang berjumlah 1.2 juta orang ini meraih rezeki di bawah panji syarikat automotif berkenaan. Jadi, kamu bayangkan skala industri ini dan impaknya kepada warga Jepun. Dan, Mazda sebenarnya bukanlah sebuah gergasi automaotif Jepun jika dibandingkan dengan pembuat lain seperti Honda, Nissan dan Toyota.

Di satu ruang malap, bangunan pusat rekaan terhimpun arkib – lama dan baru – bagi semua rekaan mereka. aku duduk di situ mendengar taklimat, dan mendekati beberapa orang yang bersungguh menjelaskan keadaan mereka. Jalan-jalan di dalam premis pemasangan juga satu pengalaman yang mengasyikkan. Awal malam, di sebuah restoran tradisional Jepun di sebuah perkamungan, aku trepana bukan oleh makanannya, tetapi oleh dua persembahan muzikal; persembahan gendang Jepun yang energetic dan melonjak adrenalin. Sebuah lagi persembahan oleh seorang gadis muda dengan alat muzik traditional koto, memetik tali-tali itu dengan irama dan nada daripada kesah yang paling sedih untuk malam itu.

Keadaan tenang dan senyap malam sebelumnya menimbulkan rasa ingin tahu yang luar biasa. Malam semalam, jalan lengang. Kedai di tutup awal. Seperti ada yang tidak kena untuk sebuah bandar ketiga terbesar di Jepun ini. Dan, malam itu aku memanjangkan langkah, berjalan merentasi kedai-kedai Honduri yang sudah ditutup, membiarkan diri sesat tanpa rasa resah dan sampai kepada matlamat untuk mencari ‘keriuhan’ Hiroshima. Setiap lelah yang tersisa itu berbayar. Sesedar dari cungap yang memendekkan nafas, aku sudah berada di satu kawasan belakang, tempat deretan teksi berhenti membentuk satu garis lurus yang amat panjang. Dengan rasa ingin tahu, aku berjalan lagi sepanjang-panjang jalan itu dan menyedari sesuatu; di sini rupanya orang-orang Hiroshima menghilangkan diri bila matahari sudah terbenam, meninggalkan wajah luar Hiroshima keseorangan dan kesejukan.

Satu deretan panjang dengan lampu kelip, tempat orang-orang berhimpun. Ada kelab malam, merayap dicelah-celah botol sake asli Hiroshima, wanita kimono yang sedang melayan pelanggan, pasangan cinta sejoli yang mabuk dan muntah di tepi jalan serta pemandu teksi yang setia mengguni malam di situ untuk meraih pencarian. Katanya, orang Jepun tidak akan pulang ke rumah awal selepas waktu kerja, kerana akan ada suara-suara sumbang di kejiranan membecok mengatakan mereka yang pulang awal ke rumah sebagai orang pemalas bekerja. Untuk mengelak malu itu, warga kota moden ada cara baru untuk memberikan impresi positif kepada jirang tetangga; melabun sampai pagi di lorong tersorok, tiap-tiap hari.

Reda lelah, aku menapak lagi. Meninjau-ninjau bangunan tinggi untuk mencari penunjuk arah, tetapi sia-sia. Rupanya malam itu belum selesai. Di satu simpang entah di mana, ada ramai anak muda dan pemusik jalanan menyanyi melalak di situ. Aku terpesona dengan kesungguhan mereka ini. Dan, yang menyanyi itu bukan calang-calang. Semuanya menyangkut bakat besar mereka di celah-celah lorong, di waktu malam untuk kepuasan – dan sedikit rasa bangga.

Di satu sudut, sekumpulan pemuzik jalanan mengambil tempat. Ada unik yang mengiringi mereka. Dua lelaki 30an dengan rambut rasta berserban, seorang lagi dengan gitar dan seorang perempuan menari joget. Muzik gendang fusion yang dimainkan – melangkau beberapa lagu – tetap menjadi magnet untuk melekakan aku kepada persembahan mereka. CD album pertama juga tersimpuh sopan di depan, di atas kain hampar yang comot. Orang-orang ada yang menari sama. Muzik bagi kelompok ini adalah ritual untuk merangsang spiritual.  Setengah jam aku duduk di depan muka mereka, menelan bunyi-bunyi yang aku rasakan cukup memukau. Kocek tak banyak wang tunai, dan CD mereka terpaksa diabaikan, hanya sempat memegang dan membelek. Pengalaman muzik yang asyik boleh didapati di tepi jalan di Hiroshima.

Pemuzik jalanan di tengah Hiroshima.

menyelingkuh hiroshima – satu
Awal September 2009, aku di Hiroshima. Merakam dan menulis beberapa baris ayat dan mengkonstruk perkataan. Daripada tulisan-tulisan kasar di buku catatan, aku menyusun semula sedikit sebanyak pengalaman di sana, yang tak seberapa, untuk dikongsi. Catatan ini akan dipecahkan kepada beberapa bahagian untuk tatapan. Selamat ‘Menyelingkuh Hiroshima’.

Hiroshima

1 – 4 September 2009

Malam 31 Ogos 2009 tenang dan senyap. Di KLIA juga begitu; suasana mungkin menyambut sama keheningan malam-malam awal Ramadhan dan membawa sama belenggu yang menyenangkan itu. Aku tidak memikirkan langsung tentang Hari Merdeka Malaysia kerana, hari itu, aku memusatkan peraasaan yang bercampur-campur, dalam persiapan dan perjalanan ke Hiroshima, Jepun.

Tak tahu mengapa, di KLIA waktu itu, rasa keseorangan datang. Dalam masa enam jam selepas menaiki pesawat, aku akan tiba di Osaka terlebih dulu; Lapangan Terbang Kansai. Tetapi, Hiroshima sudah kerap menggamit ingatan jauh sebelum itu lagi. Seronok bukanlah rasa paling dominan dalam tempoh ini. Hiroshima, dengan imej pagi 6 Ogos 1945 lebih kuat mencengkam perasaan.

Tarikh itu, dunia menyaksikan kegelapan maha agung agaknya; bom atom pertama dunia dijatuhkan tepat jam 8.15 pagi dan meletup 600 meter sebelum mencecah bumi. Bayangan ini menghuni benak dengan santun dan hiba yang lain macam. Sebaik sejurus berbuka, dengan pesawat JAL – yang hanya menyediakan satu hidangan makanan sahaja sepanjang enam jam di atas langit itu – aku bersiap untuk menanti apa juga suasana yang siap menanti di sana.

Selapas sejam transit di Singapura, aku tak mampu untuk lelap. Untuk melalaikan diri, buku Labyrinths – Jorge Luis Borges cuba diratah. Di altitud sebegitu, membaca juga melemaskan. Aku beberapa kali mencuba untuk berbual dengan pramugari di ruang pantri, meminta air dan biskut kering. Satu tempoh tidur yang meyiksakan. Sehinggalah dikejutkan untuk makan – sekitar jam 4 pagi – aku tak pernah lelap penuh. Bangun itu pun disambut oleh makanan Jepun yang langsung tidak membangkitkan selera; entah apa namanya.

1 September 2009

6.30 pagi, tiba di Lapangan terbang Kansai, Osaka. Cuaca tak begitu sejuk – awal musim luruh dan matahari masih ada – sekitar 25 darjah celsius. Hiroshima masih beratus kilometer jauhnya. Dalam kepenatan tak tidur, perjalanan masih berbaki beberapa jam. Seorang gadis Jepun dengan tiket keretapi siap menunggu di luar balai ketibaan. Lapangan terbang ini, disebelahnya sudah tersedia hub sistem pengangkutan tren untuk ke merata tempat. Ini adalah perkara yang paling menakjubkan di Jepun agaknya; sistem pengangkutan awam mereka. Dalam beberapa minit berjalan, aku memasuki blok tren dan bertanya landasan yang mana patut dituju, sambil menunjukkan tiket di tangan.

Komuter pertama pagi itu menuju ke Shin-Osaka, sebuah terminal besar jaringan tren untuk ke Hiroshima dan tempat-tempat lain. Komuter ini, dengan saiz yang hampir sama dengan komuter KTMB di sini, adalah jauh lebih pantas dan cekap. Di stesen hujung ini, mereka akan membersihkan dulu gerabak tren ini sebelum penumpang dibenarkan masuk. Posisi kerusi juga ditukar ke arah berlawanan, arah patah-balik tren ini nanti. Kamu patut pastikan pintu dan tempat duduk pada tiket kerana, semua sudah terpampang dan perlu diikut.

Suasana di Shin-Osaka hiruk pikuk. Jam menunjukkan sekitar pukul sembilan pagi; orang berpusu-pusu ke pejabat. Sarapan pagi di situ, mencuba tandas cangkung ala Jepun di situ dan kemudian bertukar tren kepada yang lebih besar – Shinkansen – atau bullet train.

Stesen sentral keretapi ini ambiennya sama saja seperti di lapangan terbang. Luas, papan notis elektronik untuk semua jadual perjalanan dan ramai orang. Pertama kali melihat Shinkansen ini, aku jatuh takjub. Kepalanya yang sangat besar dengan kokpit pemandu di atas serta panjangnya sudah cukup memukau. Itu belum lagi diambil kira pengalaman menaikinya. Menurut sistem navigasi satelit GPS, kelajuan maksimum tren ini mencecah 304kmj. Aku tak tahu kesahihannya. Tapi yang pasti, di dalam kok itu cukup selesa dan tidak akan gayat langsung dengan kelajuan seperti itu. Dua jam dari Shin-Osaka, akhirnya tiba di terminal tren Hiroshima.

Aku meletakkan barang di ruang penginapan di Rihga Royal dan mencari makan. Sushi, tempura, ais krim teh hijau dan selesai. Awal petang, menelusuri jalan-jalan dan lorong ditengah Hiroshima ini dengan kaki, selagi mampu bertahan. Bauudaranya, bangunan moden yang teratur, laluan trem, orang-orang yang berbasikal serta perempuan-perempuan Hiroshima yang cerah kulit menjadi paparan skrin yang cukup indah.

Aku meramahi sebahagian daripada Hiroshima petang itu, cuba-cuba untuk menghafal jalan. Menyelongkar lorong Honduri, tempat beli-belah dan anak muda yang rancak dan sentiasa hidup. Malamnya walaupun keletihan selepas makan, merayap lagi dicelah semangat jalan-jalan sunyi Hiroshima, menonton stadium besbol dan lampu-lampu neon – termasuk gadis-gadis molek yang menghurung jalan.

Shinkansen di Shin-Osaka.

festival FaHAM
Jemput hadir kepada semua. Untuk mengelakkan kekeliruan, hubungi penganjur terlebih dulu untuk sebarang pertanyaan.

mimpi
Menjelang subuh pagi tadi, aku didatangi mimpi. Mimpi seram. Jelas terpampang di depan, ada makhluk halus yang memeras. Keadaan suram, aku melawan tanpa daya. Tiada susuk yang nyata kelihatan, hanya bayang. Keadaan waktu itu kelam kabut. Nafas sesak dan suara tak berdaya untuk keluar. Dalam ketika itu juga perasaan ngeri tiba-tiba datang. Dan, perkara terakhir yang sempat aku rakam dengan ingatan ialah aku meminta tolong. Aku menyebut satu-satu dan mengulang perkataan ‘tolong’ itu. Di sini momen yang paling menarik berlaku. Tak lama selepas aku melolong itu, aku mendengar suara cemas dari orang disebelah. Waktu ini, seperti ada dua state yang sedang menyentap aku; pertama,alam di bawah sedar itu tadi, yang aku percaya ia sebagai mimpi dan kedua, alam nyata yang pelakunya ialah seorang manusia. Orang itu cemas kerana menurutnya, aku mengelupur seorang diri. Tidak ada perkataan yang jelas keluar dari mulut. Juga bukan perkataan ‘tolong’. Detik paling intens dan intrik aku rasakan paling memuncak ialah sewaktu di dalam transisi (peralihan) daripada alam mimpi menjelang alam nyata. Bagaimana perasaan kelam yang penuh ketakutan dan ketakberdayaan beransur menjadi satu perasaan positif yang tiba-tiba terlihat harapan untuk kembali kepada kebiasaan. Sebaik saja aku sedar sepenuhnya, aku debar dada semakin kencang. Aku terus memeluk orang itu. Tiada kata-kata langsung daripada aku. Tidak ada jawapan langsung kepada setiap pertanyaan yang dilontarkan. Aku hanya diam. Kejadian mimpi ini aku rasakan amat absurd. Ia menghuni saki-baki ingatan di bawah sedar, menumpang pada satu jasad yang sama dan menyalurkan detak dan perasaan yang sama seperti ingatan kolektif aku sewaktu sedar. Pertalian yang ada hanyalah batang tubuh ini. Tetapi, imej yang muncul sama sekali berlainan di antara dua alam berkenaan. Sewaktu di dalam beberapa momen transisi itu, aku seperti sedar yang sebenarnya aku bangkit di alam yang lain, tapi separuh-separuh. Dan, sewaktu sudah sedar sepenuhnya, aku masih lagi membayangkan imej di bawah sedar itu tadi, dan itu menggoncang kuat jantung dan perasaan sementara fikiran sedar mengambil alih situasi. Ia menambat perasaan yang sama dan membuat kita percaya. Kita mungkin berada di zon yang hanya mampu dilihat dengan mata halus.

- Hafiz Hamzah, 27 Oktober 2009.

absurditi dan kekuasaan cinta
The Bad Girl

Mario Vargas Llosa

Faber and Faber Limited

2007

Penulis-penulis dari Amerika Latin, jika di amati dengan tekun, mempunyai gaya dan suara yang berlainan daripada penulis dari tempat-tempat lain. Ia terutama sekali berbeza jauh daripada nada penulis Amerika Syarikat. Dan, pada kebanyakan waktu, kerja-kerja mereka ini lebih menggamit perhatian, memberi kesan yang bervariasi kepada pengalaman membaca itu sendiri.

Kedua, idea yang dicerminkan pada setiap hasil kerja itu juga cemerlang. Yang dimaksudkan di dalam konteks ini ialah, idea bagaimana sebuah novel itu sampai ke tahap yang sebetulnya boleh dipanggil ‘novel’;  indah, kepelbagaian rencaman penyampaian, dramatik, penceritaan yang hidup dan paling utama, meninggalkan kesan paling dalam terhadap pembaca. Dan, ini semestinya tidak akan dapat dicapai tanpa kefahaman yang dalam dan fikiran yang tajam terhadap sebuah format tulisan yang dipanggil novel ini.

Mario Vargas Llosa adalah seorang daripada penulis kelompok Amerika Latin – lahir di Peru – yang sudah membuktikan keupayaannya – yang jauh lebih baik dan meletakkan nama ini dipersinggahan tersendiri dunia sastera Latin. Untuk menguji kesahihan pernyataan ini – dan jika kamu belum pernah menikmati tulisan beliau -  ambil mana-mana judul novel tulisannya, duduk dan mula membaca. Ia pertama sekali akan serta-merta membawa kita ke dalam ruang keterasingan bersendiri, sebelum imajinasi dan diskripsi terperinci di dalam novel berkenaan mula memberi kesan. Perlahan-lahan bayangan seperti apa yang digambarkan Llosa ini akan membangun dengan sendirinya – lancar dan ketagih – sampai kita tak mahu lagi melepaskan buku itu dari tangan.

Dengan The Bad Girl ini, antara novel paling baru dihasilkan Llosa dua tahun lalu, ia menonjolkan kisah cinta pada tingkat paling absurd. Beliau, di dalam usaha ini, memukau dan mensihir pembaca dengan tenaga dan jampi imajinasi yang luar biasa.

‘Cinta’  menurut kamus Llosa ini tidak sama dengan kisah cinta picisan yang selalu disogokkan kepada kita, terutama daripada kelompok penulis novel cinta pop di Malaysia ini, misalnya. Cintanya, mungkin cinta agung dari tahun-tahun 50-an; seperti dekad di mana latarbelakang novel ini bermula, di Peru.

Cinta di dalam novel ini dipotretkan sebagai satu takdir yang penuh kegilaan, penuh keghairahan tersendiri untuk meraikan cinta itu. Obesesi dan perasaan yang dalam terhadap seorang wanita inilah yang disampaikan oleh Llosa sehingga ketika membacanya, kita terlepas terus daripada pemahaman cinta konvensional seperti yang selalu ada di dalam novel-novel cinta lain yang membosankan. Ini kisah cinta dalam citarasa Latin yang jauh lebih khayal berbanding kisah cinta biasa yang melalaikan dengan perasaan sayu tak bertempat seperti yang biasa ada.

‘The Bad Girl’ ialah seorang perempuan yang sejak awal perkenalan dengan Ricardo Somocurcio – watak narator novel ini – mempunyai identiti yang selalu diragui dan bertukar-tukar pengenalan.

Tetapi, Ricardo yang sejak usia 15 tahun, di Peru waktu itu, sudah jatuh cinta dengan gadis yang awalnya diakui berasal dari Chile dengan nama Lily ini, pada tahun 1950. Sehinggalah pada satu ketika, Lily menghilangkan diri tanpa pesan; dan cinta Ricardo masih belum berbalas secara lisan dari mulut gadis itu.  Dari detik itu bermulalah perjalanan imajinasi yang mengujakan.

Ricardo ke Paris, bekerja sebagai penterjemah untuk UNESCO. Walau pun dia sebetulnya tidak mengejar lagi sang ‘Lily’, perasaannya masih tebal dan bergelora. Bermula dari sinilah Llosa mempamerkan kehebatan sama seperti kebanyakan penulis novel Latin lain; kekuatan plot yang bercelaru, melarikan pembaca daripada meramalkan kejadian seterusnya disamping terus-menerus menyuntik perasaan suspen yang membuatkan kita akan terus mahu membaca. Jika pertama kali menyelak helaian buku tebal ini dan hanya meletakkannya semula pada muka surat 100 dalam sekali baca, kita tahu yang novel ini ada roh yang mengiurkan.

Lily, yang selepas itu dipanggil ‘the bad girl’ akan terus memberikan kejutan kepada Ricardo. Dan, disebabkan kejutan-kejutan inilah – yang mempotretkan Lily sebagai gadis jahat – yang semakin membuatkan Ricardo semakin kuat cintnya kepada perempuan itu.

Kisah mereka berlangsung sehingga usia lima puluhan. Ada tragedi yang singgah, ada juga depresi yang meghurung watak-wataknya. Tetapi, dalam tempoh itu, absurditi semakin menebal. Ricardo tahu yang ‘the bad girl’ ini menjalani hidup yang bagaimana. Ada waktu muncul, dan ada waktu lainnya dia hilang sesuaka hati – dan membuat kerja-kerja jahat.

Pengorbanan dalam tak kepastian yang dilakukan oleh Ricardo, sampai kepada kemuncak untuk membunuh diri. Dia cuba menjawab persoalan-persoalan cinta dalam parodi yang bermacam-macam. Yang pastinya, ia buka peroalan cinta murahan.

Melalui Ricardo, walaupun tidak secara terang-terangan, Llosa mempersembahkan sisi falsafah cinta dan perasaan daripada seseorang yang tidak sedar yang dia sedang mengalami obsesi dan tekanan. Kerana, permainan cinta absurd itu tidak berakhir selepas si perempuan bertemu jodoh – seperti klasik kisah cinta Melayu amnya – tetapi berlangsung 50 tahun lagi selepas perkenalan pertama, dalam latar yang seram dan sedih.

Jiwa dan fizikal ‘the bad girl’ juga selalu punah. Dia tidak pernah berterud-terang tidak kepada sesiapa pun. Hanya Recardo yang mampu membaca perjalanan hidupnya – walaupun pada awal setiap pertemuan semula itu dia juga selalu tertipu dan mudah jatuh simpati.

Tidak pasti sebenarnya tentang bagaimana untuk melihat kisah cinta ini. Sama ada ia kisah agung atau pun kisah tolol yang merosakkan. Tetapi, apa yang mujarab ialah, ada insan seperti Llosa yang bersungguh-sungguh mempersonafikasikan cinta sampai ke tahap itu.

Orang mungkin akan jadi gila. Tetapi, melalui dua watak ini, Llosa menunjukkan yang cinta itu tidak pernah lupus dari dalam dada. Walaupun berapa banyak kali terluka, dengan kesedaran yang sama, orang akan masih mahu bersama.

Watak-watak ini juga cuba berbicara tentang proses pemahaman cinta. Hampir 50 tahun watak-wataknya terikat di dalam satu ikatan yang longgar dan masing-masing tak pernah merasakan diri faham dan arif tentang cinta. Bayangkan, 50 tahun berhubungan dan terputus dan sambung kembali dan mereka masih belum faham apa itu cinta. Inilah kecantikan dan kejujuran yang dipotretkan oleh Llosa.

Jadi bagaimana kita harus percaya kisah-kisah cinta yang cetek yang datang membuai imajinasi kita sebentar dan terus membuat kesimpulan yang kita sudah merasakan cinta dan sudah faham benar apa itu cinta? Ada yang sekali terluka sudah mengelupur seperti orang yang mati jiwa.

Lupakan apa saja novel cinta yang kamu baca sekarang dan cari novel ini. Berpuluh novel cinta murahan yang ada terpamer di rak-rak kedai buku – terutama oleh novelis Melayu – belum tentu dapat menyamai perasaan, pergolakan dan tekanan yang terkandung di dalam novel ini.

Tak salah belajar daripada orang yang arif, walaupun orang itu dari Amerika Latin, bukan? Kepada penikmat novel tema cinta, kamu tidak akan kecewa dengan The Bad Girl.

- Hafiz Hamzah, 17 Oktober 2009

gelombang asia
Di dalam perkembangan politik Malaysia pasca-merdeka, ada dua buah buku tulisan orang politik – yang pernah menyandang jawatan Perdana Menteri dan Timbalannya – yang  patut diberi perhatian.

Pertama, buku Dilema Melayu oleh Dr. Mahathir Mohamad dan kedua ialah buku ini, Gelombang Kebangkitan Asia oleh Anwar Ibrahim. Perdana Menteri selepas itu serta timbalannya jangan diharap akan dapat menulis buku dengan maksud melontar gagasan pemikiran mereka sendiri terhadap mana-mana isu dengan yakin. (Mereka-mereka ini hanya  akan mengeluarkan buku memoir yang tidak menarik, itu pun ditulis oleh orang-orang sekliling mereka dan bukan diri sendiri.)

1997, The Asian Renaissance diterbitkan oleh Times Publishing, Singapura. Ia kemudian diterjemah ke bahasa Malaysia oleh DPB dengan judul Gelombang Kebangkitan Asia. Kemudian, pada 1998, Anwar Ibrahim dibungkus.

Kini, versi DBP ini diterbitkan semula dengan reka kulit yang lebih menarik. Mungkin sebagai memperingati usia 10 tahun buku ini dan juga periode reformasi, saya tidak tahu. Terkandung di dalamnya ialah pandangan-pandangan tentang perkembangan ekonomi dan kekuasaan baru Asia oleh Anwar Ibrahim sendiri yang waktu itu bertindak selaku Menteri Kewangan Malaysia.

Jika kamu belum pernah membaca mana-mana versi buku ini, boleh cuba-cuba menyelam sama. Dan, kalau susah nak dapatkannya, kirimkan saya emel (jelirda@gmail.com) berserta hasrat untuk memiliki buku ini. Akan dibantu setakat yang mampu.