dua buku budaya muzik

Hollywood Foto-Rhetoric
Teks oleh Bob Dylan
Foto oleh Barry Feinstein
Simon & Schuster, 2008
160 mukasurat
Dalam 1960an, Barry Feinstein, sang jurugambar yang waktu itu tersohor di lingkar budaya Hollywood, menyerahkan beberapa keping kerja fotografinya kepada Bob Dylan, yang waktu itu juga sedang mendaki tangga kemasyuran di sana. Tiada apa-apa pesan. Cuma, daripada gambar-gambar itu nanti, menurut Barry, akan ada tulisan yang dapat mengiringinya – daripada Bob sendiri.
Dylan juga tak harapkan apa-apa daripada, dan tak tahu jelas apa yang mahu ditulis. Tetapi dia mengiakan juga cadangan dan permintaan Barry, yang diawal-awal kariernya akrab dalam memotret foto Dylan. Ia berakhir dengan 23 tulisan terpecah-pecah yang mungkin prosa, atau mungkin juga sajak – bersandarkan pada imej-imej yang diberikan awalnya.
Malangnya, manuskirp itu kemudiannya hilang. Hollywood Foto-Rhetoric adalah publikasi pertama kerja yang sebenarnya disiapkan pada 1960an itu dan buat pertama kalinya juga ia berjaya menemui khalayak umum.
Antara foto dan momen menarik ialah imej rumah Marilyn Monroe – dengan kolam renang yang tenang – di hari dia mati. Dan ada ayat-ayat Dylan yang mengisi ruang sebu sebegitu, menjadikannya lekat. Tentunya, perasaan itu akan hadir jika ada imajinasi.
Selamat menelaah.

John Lennon: The Life
oleh Philip Norman
Harper Colllins
2008
864 mukasurat
Beberapa bulan dulu, buku ini selalu disebut-sebut oleh ramai orang (di internet, dari bahagian dunia seberang sana) dan diangkat sebagai buku terbaik yang berbicara tentang John Lennon. Saya juga, untuk beberapa tempoh kebelakangan ini jadi kemaruk kepada mendiang ini. Saya secara peribadi lebih menyenangi Lennon dalam tempoh pasca-Beatles beliau sehinggalah dia mati dibunuh pada 1980.
Saya sempat memegang buku ini suatu hari itu, tetapi saya letakkannya kembali di rak kedai buku berkenaan. Saya kira, nanti-nanti baru saya akan beli. Saya silap. Di kedai berkenaan, buku itu hanya ada satu salinan dan dijual pada harga murah betul, dan ketika saya membayangkan akan pulang dengan kegembiraan di hari lain, rupa-rupanya ia sudah tiada dirak itu lagi. Menyesal bukan kepalang jadinya waktu itu. Tetapi, dengan gerak hati yang kuat mengatakan yang saya akan berjumpa lagi – satu salinan juga – buku ini, harapan dan igau betul-betul menjelma di rak kedai. Kali ini tidak ada lengah dan alasan lagi. Buku ini dirangkul terus.
Jika kamu mahu mencari, pergi ke Kinokinuya. Buku ini ada di sana, tetapi dengan harga yang sedikit mahal.
Sedikit penjelasan pendek tentang buku ini:
“For more than a quarter century, Philip Norman’s internationally bestselling Shout! has been unchallenged as the definitive biography of the Beatles. Now, at last, Norman turns his formidable talent to the Beatle for whom belonging to the world’s most beloved pop group was never enough. Drawing on previously untapped sources, and with unprecedented access to all the major characters, here is the comprehensive and most revealing portrait of John Lennon that is ever likely to be published.
This masterly biography takes a fresh and penetrating look at every aspect of Lennon’s much-chronicled life, including the songs that have turned him, posthumously, into a near-secular saint. In three years of research, Norman has turned up an extraordinary amount of new information about even the best-known episodes of Lennon folklore—his upbringing by his strict Aunt Mimi; his allegedly wasted school and student days; the evolution of his peerless creative partnership with Paul McCartney; his Beatle-busting love affair with a Japanese performance artist; his forays into painting and literature; his experiments with Transcendental Meditation, primal scream therapy, and drugs. The book’s numerous key informants and interviewees include Sir Paul McCartney, Sir George Martin, Sean Lennon—whose moving reminiscence reveals his father as never before—and Yoko Ono, who speaks with sometimes shocking candor about the inner workings of her marriage to John.
Honest and unflinching, as John himself would wish, Norman gives us the whole man in all his endless contradictions—tough and cynical, hilariously funny but also naive, vulnerable and insecure—and reveals how the mother who gave him away as a toddler haunted his mind and his music for the rest of his days.”

Leave a Reply