buku porno serigala jahat

Tak ada pendingin hawa yang menyejuk di ruang berhabuk tingkat dua Wisma Harmodal, Petaling Jaya. Apa pun, pada tarikh 14 hingga 18 Mei itu, orang-orang tak kesah sangat pasal keselesaan. Memang ia tidak sama dengan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang lebih gah dengan skala besar – tapi diskaun buku-bukunya purata RM3-4 ringgit sebuah – yang nampak lebih elit dan banyak buku-buku latihan KBSR dan KBSM. Namun, jualan di Big Bad Wolf (BBW) jauh meninggalkan impak, untuk peribadi individu dan juga pasaran buku tempatan umumnya.

Saya bertanya kepada yang menganjurkan, mengapa dan bagaimana mereka mendapat bekalan buku-buku ini untuk dijual pada harga yang tak masuk akan murah. “Lebihan buku dipasaran biasanya akan dibakar,” katanya. Dan, ini adalah usaha mereka untuk membantu khalayak pembaca yang sentiasa dahagakan tulisan-tulisan baik dan pada masa yang sama sentiasa pula tak berduit. Daripada dibakar, elok dijual murah. Kali ini, yang membekal buku kepada mereka juga lebih besar entitinya daripada pembekal buku ke rangkaian kedai buku major tempatan yang lain.

Kamu boleh bayangkan apa saja buku, dan kemungkinan besar ia ada untuk disambar. Bukan buku-buku terbitan lama saja, tetapi banyaknya buku-buku baru yang diterbitkan setahun dua ini – kebanyakannya yang saya beri perhatian ialah buku- buku politik, biografi dan sastra antarabangsa dengan segala macam jenis dan genre.

CIMG2500-copy

Kira-kira, dengan adanya jualan sebegini, pengusaha rangkaian gedung buku perdana di Malaysia amat resah. Lebihan buku- buku (dalam kes ini buku-buku import) yang ditarik dari pasaran dan dibakar (jika betul), hanya ada satu hasrat yang jelas: menjaga harga buku semasa di pasaran dan kepentingan pengusaha rangkaian buku besar. Ini kerana, harga buku yang tinggi tidak akan dapat dikekalkan sekiranya dalam pasaran terdapat lambakan buku-buku ini. Jualan yang perlahan akan menyebabkan penjual akan menurunkan harga buku-buku mengikut kehendak mereka (pilihan selain daripada kerugian) – asalkan buku terjual. Jika ditarik balik dan buku-buku tersebut dihilangkan terus dalam pasaran, maka harga semasa akan stabil dan buku kekal mahal untuk menjana keuntungan.

Maka, dengan adanya buku-buku lebihan ini dalam pasaran, dan dikumpulkan dan dijual semula seperti apa yang tim BBW ini lakukan, itu adalah malapetaka serius kepada gedung buku besar. Bayangkan bagaimana paten pembeli berubah dengan tiba- tiba, tertumpu terus ke sana dan tidak lagi memandang kedai buku perdana. Memang, ia hanya berlangsung lima hari. Tetapi, lima hari itu sudah cukup meresahkan kelompok rangkaian buku utama. Bayangkan sebuah buku Pemenang Nobel Sastra dijual pada harga cuma RM8. Selain itu, banyak juga buku kulit keras dijual pada harga sama. Harga paling mahal di dalam ruang berhabuk itu yang boleh kamu temui mungkin setakat RM20 sahaja.

Orang tak kesah untuk membelanjakan duit di sini. Malah, ramai yang sudah sampai kepada tahap memborong. Jumlah buku yang dibeli mungkin sudah cukup untuk dijadikan stok selama setahun-dua untuk meladeni nafsu mereka terhadap buku. Dalam tempoh ini, jika kelompok pembaca yang membeli buku ini merasakan bahawa keperluan pembacaan mereka sudah cukup tertampung, mereka tidak akan membeli buku-buku lagi digedung besar. Kalau ada, saya jangkakan, hanya judul-judul yang betul-betul baru saja mungkin diburu, kerana yang lain-lainnya sudah diperoleh dengan harga RM8 itu tadi.

Disebabkan kebimbangan itu, saya tidak hairan mendengar luahan rasa tim BBW yang mengaku terdapat gangguan dan tentangan bersabit program jualan mereka ini. Ada yang meminta KDN campur tangan, ada juga tangan yang mengoyak dan menurunkan kanvas rentang mereka, seperti tindakan tipikal orang-orang yang merasa terancam dan dengki.

Jadi, saya sebagai seorang yang pro-buku (murah), amat bersetuju dengan objektif BBW. Bakar buku akan menyusahkan alam sekitar. Baik dijual pada harga rendah, dan dengan inventori yang sangat besar, silap-silap nilai yang boleh dikutip semula mencecah RM1 juta – kerana stok mereka betul-betul banyak!

Kerajaan dan peniaga buku kaki keuntungan maksimum tak akan tolong memberikan kita dana untuk membeli buku, jadi peduli apa? Takkan beli buku murah pun nanti menjadi satu kesalahan? Tahun depan mungkin akan diadakan lagi pesta ini, tunggu sajalah. Dan, tak payah kumpul duit banyak sangat.

***

Sepanjang tiga kali berulang ke sana, terlalu banyak buku-buku yang ingin dibolot. Tetapi, dengan RM200 semuanya dan sudah mampu mengendong balik 34 buah buku yang dicari, itu sudah cukup membahagiakan. Ini senarai buku-buku yang dibeli, sekadar untuk peringatan diri sendiri, takut-takut terlupa:

CIMG2505copy

Big Bad Wolf (14-18 Mei 2009)

Hari 1 (14 Mei)

1.   The Zurau Aphorisms – Franz Kafka
2.   Musicophilia – Oliver Sacks
3.   The Man Who Mistook His Wife for a Hat – Oliver Sacks
4.   Heavier Than Heaven – Charles R. Cross
5.   The Voice of Hope – Aung San Suu Kyi
6.   The Book of Illusions – Paul Auster
7.   Syd Barret: Crazy Diamond – Mike Watkinson & Pete Anderson
8.   Never Enough :  The Cure – Jeff Apter

Hari 2 (15 Mei)

9.   John – Cynthia Lennon
10.  Occidentalism – Ian Buruma & Avishai Margalit
11.  Rape: A Love Story – Joyce Carol Oates
12.  The Successor – Ismael Kadare
13.  The Young Che – Ernesto Guevara Lynch
14.  Gomorrah – Roberto Saviano
15.  I Explain a Few Things – Pablo Neruda
16.  Cosmopolitanism – Kwame Anthony Appiah
17.  Sid Vicious: No One Innocent – Alan Parker
18.  The Life of Pete Townshend – Mark Wilkerson

Hari 5 (18 Mei)

19.  The Zurau Aphorism – Franz Kafka
20.  Culture and Imperialism – Edward W. Said
21.  Close To the Edge : The Story of Yes – Chris Welch
22.  Due Considerations (Essay and Criticism) – John Updike
23.  Prisoner – Jeffrey Goldberg
24.  The Picador Book of Contemporary Chinese Fiction – Carolyn Chua and David Su Li-Qun
25.  More Far Eastern Tales – W. Somerset Maugham
26.  The Assasins’ Gate : America In Iraq – George Packer.
27.  Emil and Karl – Yankev Glatshteyn
28.  Sex Pistols : 90 Days at EMI – Brian Southall
29.  Agent Provocateur : Confessions – Agent Provocateur
30.  Disgrace – J. M. Coetzee
31.  Friction – Joe Stretch
32.  Wormholes (Essay and Occasional Writings) – John Fowles
33.  Perfect Hostage: Aung San Suu Kyi, Burma and the Generals – Justin Wintle
34.  Baudolino – Umberto Eco

Hafiz Hamzah

~ by Jelir on May 21, 2009.

5 Responses to “buku porno serigala jahat”

  1. kafka!
    kafka!
    buku dia yang aku mahu beli~
    aku jumpa di borders tapi belum gaji.
    huhu~

    aku duduk di petaling jaya tapi tak tahu pun tempat bernama wisma harmodal tu~

  2. Hey Hafiz….Tak nampak pun u kat Dataran Harmodal tu…I pun pergi beli lebih daripada 20 jenis buku…tapi bukan semua genre yg u baca lah..sbb I beli jugak buku kanak-kanak, hahahah..Tapi, memang berbaloi sangat2…dapat jugak buku pemenang Nobel Prize….hanya pada harga RM8….Harap-harap dia orang buat lagi dalam masa terdekat…sebab ownernya ckp…mereka mungkin akan buat dua kali setahun kalo respons baik…Memang hebat pun sambutannya…

  3. Hahaha…ada satu hari yang i pergi ngan Syukran itu…dia jadi sakit kepala tengok buku-buku tu…

Leave a Reply