rindu aung san suu kyi

ASSK

Di bahagian selatan Tasek Inya, tengah Rangoon, ada sebuah rumah kolonial besar yang nampak usang. Di waktu dinihari, pemandangan dari seberang tasek itu dibatasi oleh kabus tebal, menyebabkan rumah tadi kelihatan seperti diselubung oleh udara kesedihan yang indah. Rumah tersebut beserta atmosfera melankoliknya adalah kepunyaan Aung San Suu Kyi, yang tinggal di-sana sebagai tahanan: pemerintah rejim Burma mengenakan tahanan di rumah ke atas beliau, yang nyaris terasing total, dikawal rapi polis keselamatan, selama 13 daripada 19 tahun yang lalu. Dia tidak dibenarkan bertemu sesiapa melainkan dua ahli keluarga, doktor peribadi, dan – setiap satu atau dua tahun – pelawat rasmi. Pada September 2007, ketika rahib dan rakyat Burma lainnya bangkit dalam satu demonstrasi aman untuk demokrasi, angkatan rahib yang kepingin memberi penghormatan kepada individu yang diangkat sebagai ‘the Lady’ ini berjaya menghampiri sejauh pintu pagar utama kediaman tersebut, di-mana Suu Kyi berjumpa mereka dengan tangisan di mata. Di lain waktu, tahun demi tahun dia keseorangan, membaca dan meditasi, kesihatan yang runtuh, juga tubuh kecilnya yang semakin menjauh. Dan itu juga membuatkan dia sebagai ancaman tunggal terbesar kepada kesinambungan pemerintahan Jenderal.

Beberapa malam lalu, seorang lelaki Amerika dalam usia 53 tahun bernama John William Yettaw – seorang ayah kepada tujuh anak dan pengidap diabetis, dari Falcon, Missouri – muncul di rumah itu. Dia berenang beberapa batu merentangi Tasek Inya, dengan botol plastik sebagai pelampung, melepasi kawalan yang sepatutnya ketat, dan tiba di kediaman itu dengan kelaparan dan kepenatan. Suu Kyi cuba untuk menghalau, kerana kehadiran itu bermakna pencabulan tahanan rumah yang dikenakan, tetapi Suu Kyi mengalah apabila John merayu untuk membenarkannya bermalam di-situ, sehingga dia mengumpul semula kekuatan untuk berenang ke seberang. Pelawat itu meninggalkan kediaman keesokkan harinya, atau sehari selepas itu, bergantung kepada versi pemerintah atau pembangkang berkenaan pertemuan yang aneh ini, yang betul. Dia ditahan oleh polis ditengah Tasek Inya. Dan sekarang Suu Kyi ditahan dipenjara Insein, penjara terkemuka Rangoon. Pihak berkuasa menyatakan yang mereka akan mendakwa Suu Kyi di atas segala pelanggaran keselamatan tersebut. Tahanan rumah enam tahun yang sedang dijalani kini, yang akan berakhir hujung bulan ini, dijangkakan akan dipanjangkan. Dan, John William Yettaw akan memberikan pemerintah hodoh Burma alasan yang cukup baik yang amat mereka perlukan untuk menghalang Suu Kyi daripada perhatian dunia ketika mereka bersiap untuk mengadakan pilihan raya olok-olok tahun depan.

Ini perangkap? Atau adakah karisma unggul wanita ini telah menggamit perenang dari seberang sana? Tiada siapa yang pasti, apa atau cerita mana tentang ‘the Lady’ dan tetamu basahnya yang aneh, yang cukup Burma bunyinya. Juga, karekteristik adalah jalan yang rejim sasarkan dan bertindak. Tiada perkara yang namanya keadilan di Burma, tetapi perihal utama daripada kesah ini ialah kebebasan Suu Kyi dan hukuman enam bulan di Insein untuk si bodoh dari Falcon, Missouri.

Aung San Suu Kyi

Diterjemah oleh Hafiz Hamzah. Daripada artikel pendek The Lady of The Lake, tulisan George Packer, The New Yorker (15 Mei 2009).

Tandatangan petisyen antarabangsa  untuk pembebasan Aung San Suu Kyi di sini.

~ by Jelir on May 16, 2009.

Leave a Reply